Powered by Blogger.
RSS

Porgram Motivasi Pelajar Intelek Minda Super

Sebahagian para pelajar Program Motivasi Pelajar Intelek Minda Super.

Pada 6, 7, dan 8 Ogos. 2010, satu Program Motivasi Pelajar Intelek Minda Super telah dijalankan di Sek. Men. Keb. Tengku Ampuan Afzan, Chenor. Seramai 103 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3, 4 dan 5 telah mengikuti program tersebut. 10 orang AJK pelaksana telah ditugaskan untuk menjayakan program tersebut. Objektif utama program ini adalah untuk memberi bimbingan kepada para pelajar tentang apa itu motivasi dan kepentingannya dalam kehidupan seseorang pelajar. Selain itu juga, program ini diharap dapat membimbing, membantu dan memupuk kepercayaan dan yakin diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri untuk mencapai kejayaan hidup. Seterusnya, para pelajar boleh mendapat kesedaran tentang pentingnya ilmu terhadap masa depan diri pelajar itu sendiri sert sentiasa berwaspada dengan sikap negatif semasa belajar. Akhir sekali, diharap program ini memberikan pendedahan mengenai cara belajar yang bijak.

Program elama 3 hari 2 malam ini didedahkan dengan pelbagai aktiviti dan modul seperti Ice-Breaking, Senamrobik, Bersatu Teguh Bercerai Roboh, Pulau Impian, Inventori Empat Personaliti, Kembarung, Refleksi, Si Butaku Sayang, Ceramah Motivasi dan Subconscious. Secara keseluruhannya, boleh dikatakan bahawa program yang dijalankan berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar dan pihak sekolah. Daripada aktiviti yang dijalankan, saya dapat menyatakan bahawa mereka dapat menerima kami dengan hati yang terbuka tanpa adanya penerimaan yang tidak diingini. Seronok apabila melihat para pelajar melakukan pelbagai aktiviti. Mereka bergelak ketawa dan tersenyum antara satu sama lain. Seronok saya melihat kelelek mereka. Di sini terdapat beberapa aktiviti yang cuba saya muat turun. Come on... Lets check this out...




Aktiviti Ice Breaking
Para pelajar membuat bulatan untuk mewujudkan kumpulan-kumpulan kecil. Kelihatan Fasilitator sedang memberikan arahan.








Aktiviti Senamrobik
Senaman Si Tommy dijalankan dan dikendalikan oleh fasilitator Cik Muhaini. Ketika ini kelihatan para pelajar begitu bersemangat untuk melakukannya... hehehe... ayuh.. bergoyang lagi...









Aktiviti Bersatu Teguh Bercerai Roboh
Memupuk semangat setiakawan dan berpasukan.










Aktiviti Kembarung

Antara beberapa orang pelajar yang cuba memikat hati Musang Berjanggut. hehehe.. Kira... jangan tak kira.








Program berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peserta. Akan tetapi, masa selama tiga hari dua malam dirasakan tidak mencukupi kerana banyak lagi pengisian yang boleh diletakkan di dalam program ini yang dapat memberikan lebih banyak pengetahuan dan input berguna kepada setiap peserta. Melalui program ini juga pelbagai perkara baru yang telah saya dapat pelajari. Bukan senang untuk mengendalikan program besar seupama ini sekiranya tidak mempunyai kemahiran yang mencukupi. Tanpa bantuan rakan, saya rasa program ini tidak mungkin dapat berjalan dengan baik seperti ini. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah dan rakan-rakan yang banyak membantu sepanjang program ini dijalankan. Semangat setiakawanlah yang menjadikan saya kelihatan bersemangat dan seronok untuk menjalankan akitiviti bersama rakan-rakan. Saya berharap agar walaupun program ini telah sampai ke penghujungnya, kami tetap dapat bekerjasama antara satu sama lain dan memberikan komitmen yang menggalakkan.
Untuk menjadi fasilitator yang berkesan, saya merasakan bahawa saya perlu memantapkan lagi kemahiran untuk mengendalikan modul agar pelajar lebih terkawal dan objektif modul ini dapat dicapai. Ini kerana, semasa saya mengendalikan aktiviti, kelihatan beberapa kelemahan yang timbul kerana kealpaan diri sendiri. Saya berharap agar program-program yang akan datang membolehkan saya befikiran lebih matang dan bijak dalam mengendalikan sebarang aktiviti.



Pergi ke dusun memetik kelapa,
Kelapa muda si kelapa bali,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali.
------(-(
@

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS